PENGENALAN

Semenjak diperbadankan pada 25 Ogos, 1965 di bawah Enakment No. 5/1965 Kerajaan Negeri Kedah, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah(PKNK), melalui anak-anak syarikat miliknya telah banyak melibatkan dalam projek-projek pembangunan seperti pembangunan hartanah, pembangunan komersial dan industri, pelancongan, sektor perkhidmatan, sektor pembuatan dan pengeluaran, sektor pembinaaan dan pengendalian kuari & pembinaan.

Selaras dengan matlamat atau objektif korperat PKNK untuk mempertingkatkan prestasi Kumpulan melalui penceburan ke bidang baru, pihak PKNK telah mengaktifkan semula syarikat Darulaman Aset Sdn Bhd (DASB), yang merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan PKNK dengan modal berbayar sebanyak RM250,000.00 untuk mencebur dalam yang berkaitan pengurusan aset/hartanah. DASB telah diaktifkan pada 24hb. Ogos, 2008 dan telah dipindahmilik kepada PKNK pada 1hb. Januari, 2010.