PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN FASILITI

PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN FASILITI

Sebagai pengurus hartanah, perkhidmatan syarikat merangkumi memberi nasihat tentang keseluruhan pengurusan serta penyelenggaraan bangunan dan syarat pajakan yang bertujuan untuk mendapat dan mengekalkan pendapatan yang maksima dari hartanah dan pada masa yang sama memastikan kos operasi dan senggaraan yang terlibat pada keadaan yang minima.

Perkhidmatan yang terlibat termasuk:-

  • Memberi khidmat nasihat terhadap penyewaan dan syarat-syarat penyewaan termasuk kajian penyewaan.
  • Membuka dan mengekalkan rekod akaun pelanggan yang terdiri dari pendapatan dan perbelanjaan untuk dikemukakan secara bulanan atau penyata suku tahunan.
  • Perbincangan syarat-syarat pajakan termasuk memberi khidmat nasihat terhadap pembaharuan dan penyewaan semula.
  • Pemeriksaan berjadual dan pengsyoran kerja-kerja pembaikan terhadap kecacatan/kerosakan yang berlaku.
  • Berhubung dan menyelaras dengan perunding luar, kontraktor-kontraktor dan pihak berkuasa yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian.
  • Menerima dan mengambil tindakan aduan penyewa.
  • Melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan senggaraan sistem hawa dingin, lif, janakuasa sedia tunggu, peralatan melawan/mencegah kebakaran dan pemasangan mekanikal dan letrikal secara ‘in house’.
  • Membayar cukai pintu dan cukai tanah bagi pihak pemilik bangunan.
  • Mentadbir urus kontrak senggaraan, menyelia kerja-kerja pembaikan dan memberi khidmat nasihat terhadap anggaran kos terlibat.

Projek pengurusan dan penyelenggaraan fasiliti bangunan yang sedang dan telah diuruskan oleh DASB:-

  1. Bangunan Wisma PKNK.
  2. Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).
  3. Dataran Usahawan Alor Setar (Ukir Mall).
  • Projek pengurusan dan penyelenggaraan fasiliti bangunan yang akan diuruskan oleh DASB:-
  1. Dataran Usahawan Sungai Petani (Ukir Square).