PEMASARAN UNIT HARTANAH KOTA MELAYU NEGERI KEDAH

PEMASARAN UNIT HARTANAH KOTA MELAYU NEGERI KEDAH

Unit Pemasaran hartanah ditubuhkan pada Mac 2011 selaras dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri yang mana tujuan asalnya adalah untuk memasarkan unit-unit hartanah kuota bumiputera.

Tujuan penubuhan unit ini adalah  untuk memastikan unit-unit kuota bumiputra yang diperuntukkan dalam setiap projek pembangunan di negeri Kedah mencapai sasaran kepada pembeli bumiputra.

Bagi unit kuota bumiputra yang tidak mampu dijual kepada pembeli bumiputra dalam tempoh yang tertentu pihak DASB boleh membuat pengesyoran dan cadangan pelepasan kuota bumiputra untuk kelulusan kerajaan negeri.

Walaupun tumpuan utama untuk memasarkan unit-unit kuota bumiputra, pihak DASB boleh memasarkan unit-unit bukan bumiputra jika terdapat bakal-bakal pembeli yang berurusan terus dengan pihak DASB.

Antara skop kerja yang terlibat terdiri dari:

  1. Menjual semua lot milik bumiputra.
  2. Menjual lot bukan bumiputra.
  3. Menyediakan kemudahan bilik/ruang pameran.
  4. Mengemaskini data-data daripada REHDA, Pemaju dan PBT.
  5. Berurusan dengan PTG, PBT dan Pejabat Perumahan Negeri.
  6. Bekerjasama dengan PTG untuk memastikan kedudukan lot bumiputera dan lot bukan bumiputra.
  7. Memberi khidmat nasihat kepada pembeli berkenaan khidmat guaman dan pinjaman perumahan.