Darulaman Solution SDN BHD

NAMA SYARIKAT              : DARULAMAN SOLUTIONS SDN. BHD (1042907-H)
ALAMAT                             : NO. 2-UTC-RN-06, UTC UKIR SQUARE
                                               JALAN KUALA KETIL, 08000 SUNGAI PETANI
                                              KEDAH DARUL AMAN
TEL/FAX                             : 04-421 7141
MODAL DIBENARKAN    : RM500,000.00
MODAL BERBAYAR         : RM100,000.00

LEMBAGA PENGARAH DAN PENGURUSAN

LEMBAGA PENGARAH

     1. HAJI ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH (PENGERUSI)
     2. MOHD SUBRI BIN AHMAD @ MD. LUDIN
     3. MOHD SUHAIMI BIN AKHDZARI
     4. WONG WING SEONG
     5. STEVEN CHAN BANTHAI

PENGURUSAN

     1. ROZALI BIN OTHMAN (PENGURUS BESAR)

WAKTU OPERASI : 6.00 PAGI – 12 MALAM

PENGENALAN DAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH SYARIKAT

 

  1. Sebuah anak syarikat  dimana pihak Darulaman Aset Sdn. Bhd mempunyai kepentingan sebanyak 70% manakala 30% saham dimiliki oleh syarikat My ETrade Sdn. Bhd.
  2. Ditubuhkan pada April 2013 khusus untuk mengurus dan mengendali sistem terminal bas di bangunan UTC Ukir Square, Sungai Petani mengikut pengurusan secara berkomputer dan sistem automatik dengan menyediakan kemudahan “Trip Information Display System” (TIDS) yang memaparkan jadual perjalanan ekspres melalui LED TV di bangunan terminal bas.
  3. Selain tumpuan utama terhadap pengurusan dan pengendalian terminal bas, Darulaman Solutions Sdn. Bhd juga dipertanggungjawabkan dalam pengurusan dan pengendalian sistem parkir, pemasaran ruang iklan di luar dan dalam bangunan serta pengurusan penyewaan kaunter penjualan tiket di terminal bas.
  4. Sistem pengurusan dan pengendalian terminal bas yang dilaksanakan oleh syarikat ini merupakan sistem yang canggih bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna dimana bas keluar masuk adalah mengikut jadual serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak Darulaman Solutions Sdn. Bhd termasuk pengawalan penjualan tiket bagi mengelak sebarang salah laku atau penipuan kepada pengguna.
  5. Darulaman Solutions Sdn. Bhd bekerja rapat dengan pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan beberapa badan lain bagi memastikan segala peraturan dipatuhi demi keselamatan penumpang bas.
  6. Darulaman Solutions Sdn. Bhd sedang dalam proses untuk menaiktaraf sistem penjualan tiket secara online sebagai langkah untuk memastikan tiada sebarang masalah penjualan tiket secara haram dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan penumpang terhadap kemudahan sistem pengangkutan awam yang disediakan.
  7. Darulaman Solutions Sdn. Bhd bersedia memberi perkhidmatan pengurusan dan pengendalian sistem/terminal bas secara berkomputer kepada stesen bas lain di seluruh Malaysia.